BIODATA PAKAR BATU ASIA

Dr Hisham bin Hashim adalah anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal menengah di Sekolah Menengah Methodist, Kampar, Perak (1983-1985) dan seterusnya mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Vokasional Kangar, Perlis sehingga tahun 1987. Selepas itu, beliau terus melibatkan diri dalam bidang perubatan herba di dalam Kilang HPA Industries Sdn Bhd sebagai salah seorang herbalis.

Pada tahun 2009, Dr Hisham telah dilantik menjadi seorang pensyarah di Institut Teknologi HPA (ITHPA) yang bertempat di HPA City, Sungai Petani, Kedah dalam bidang gemologist. Dr Hisham telah menguasai kedua-dua disiplin ilmu perubatan iaitu berasaskan herba (herbalis) dan kristal (gemologist).

Dr Hisham juga banyak melakukan ekspedisi mencari batu-batu permata di seluruh dunia sambil belajar menambah ilmu pengetahuan dengan ahli-ahli gemologist lain di serata dunia. Beliau juga merupakan satu-satunya orang Melayu Asia yang pertama berjaya mendapat anugerah antarabangsa daripada Northern California Global University, USA. Selain itu, Dr. Hisham merupakan pakar penyelidik Balai Pameran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Brunei Darussalam dalam bidang batu permata dan fosil. Beliau juga sering dijemput oleh pihak universiti mahupun IPT seperti USM dan INTIBAH untuk memberikan ceramah dan taklimat mengenai batu permata serta nilai perubatannya.

Amin.